Monday, November 19, 2018

PENGHARGAAN



         
 Setinggi-setinggi penghargaan saya ucapkan kepada pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kedah,Puan Salmiyah Binti Ahmad kerana telah memberi peluang kepada saya untuk menjalankan latihan industri di Jabatan itu selama 20 minggu yang bermula pada 2 Julai 2018 hingga 16 November 2018.

       Saya ingin mengucapkan ribuan terima  kasih kepada penyelia industri saya iaitu PUAN NORMALINI BINTI SUDIN yang merupakan Pengawai Kebudayaan di JKKN kedah kerana telah memberikan peluang kepada saya untuk menjalani latihan praktikal  dan berkongsi ilmu serta pengalaman diunit jagaan beliau semua. Selain itu,jutaan Terima Kasih juga kepada semua kakitangan dan staff sokongan di bahagian pentadbiran yang turut memberikan tunjuk ajar,kerjasama dan teguran sepanjang saya berkhidmat di firma ini .

    Saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin yang telah banyak membantu saya secara langsung mahupun tidak langsung sepanjang Latihan Industri ini berjalan. Sekalung Penghargaan diucapkan kepada kedua-dua ibu bapa saya dan teman-teman serta sahabat handai yang telah banyak membantu dan memberi sokongan pada saya untuk menjayakan Latihan Industri saya ini.

      Akhir kata,saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada sesiapa juga yang terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung dalam membantu saya menjalankan sesi Latihan Industri dengan berjaya.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Laman Web Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah link official :  http://www.jkkn.gov.my/en/jkkn-kedah Portal Unit Perhubungan d...