Bersyukur saya kehadrat ilahi kerana
dengan IzinNya dapatlah saya menamatkan latihan industri dengan sempurna pada
tempoh yang ditetapkan serta menyediakan laporan industri saya pada masa dan
waktu yang dikehendaki oleh jabatan saya.
Dalam tempoh masa 20 minggu
bermula pada 2 JULAI 2018-16 NOVEMBER 2018, saya telah menjalankan latihan
Industri di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Kedah. Dalam tempoh saya berada di
organisasi ini,saya dapat melalui pengalaman baru dalam hidup saya terutama di
alam pekerjaan. Sewaktu saya berada di organisasi ini saya dapat mempraktikan
apa yang saya belajar secara teori dan praktikal sewaktu di politeknik .
Aspek paling penting dalam mengikuti
latihan ini ialah,bagi saya dapat memberi peluang kepada para pelajar untuk
mengenali alam pekerjaan yang sebenar. Selain itu,ianya dapat meningkatkan
pengetahuan para pelajar dan dapat membuka minda untuk memikirkan bagaimana
sesuatu filem itu dihasilkan dan mengenalpasti cara untuk mengatasi masalah
yang timbul semasa berada di tempat kerja. Ianya juga dapat membantu kami
menambah keyakinan diri terhadap kemampuan kami.
Selain itu, latihan Industri adalah
merupakan cara terbaik untuk melatih pelajar seperti kami tentang bagaimana
cara untuk bergaul bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan. Di dalam
latihan Industri ianya akan memberi peluang kepada saya untuk mempratikan cara
berkomunikasi dengan baik bersama rakan sekerja dan juga pihak atasan, Ini
kerana tingkahlaku juga adalah salah satu aspek penting yang di titik beratkan
dalam alam pekerjaan.
Secara tidak langsung,Ianya juga
dapat mewujudkan sikap lebih berdisiplin, bertanggungjawab , membuat keputusan
dengan baik dan berupaya menguji keyakinan diri dalam membuat keputusan untuk
menyelesaikan sesuatu masalah yang dihadapi. Justeru itu, latihan industri
dapat memenuhi objektif untuk melahirkan
graduan yang berkualiti dari segi mental dan fizikal bagi mengisi kekosongan di
dalam alam pekerjaan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment