Monday, November 19, 2018

OBJEKTIF



OBJEKTIF LATIHAN INDUSTRI

 Para pelajar yang mengambil apa-apa jua kursus dimana-mana Politeknik perlu menjalani latihan industri dalam tempoh yang ditetapkan iaitu selama 6 bulan. Latihan industri ini juga merupakan salah satu syarat yang diwajibkan ke atas setiap pelajar sebelum dianugerahkan sijil atau diploma daripada Politeknik Kementerian Pengajian Tinggi. Di antara objektif utama latihan industri ini wujud adalah :
  • Mendedahkan kepada para pelajar dengan alam pekerjaan sebenar.
  • Membolehkan pelajar mengaitkan teori yang telah dipelajari di Politeknik dengan 
  • aspek-aspek praktikal di firma atau sebaliknya.
  • Menanam semangat kerja berpasukan dan hubungan baik sesama pekerja di firma tersebut.
  • Dapat menanamkan sifat amanah, bertanggungjawab dan berkeyakinan tinggi semasa latihan industry dijalankan dan dimasa akan datang.
  • Untuk mengamalkan peraturan-peraturan di sector industri selepas tamat pengajian di politeknik kelak.
  • Supaya dapat menyediakan laporan rasmi dan tugasan lain yang diarahkan oleh politeknik seperti menyediakan buku laporan industri.


OBJEKTIF LAPORAN LATIHAN INDUSTRI

          Apabila tamat latihan industri yang dijalankan disebuah firma tersebut itu,maka setiap pelajar diharuskan membuat atau menyediakan laporan lengkap dan mengikuti piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak politeknik. Ia adalah bertujuan untuk menilai sejauh manakah keberkesanan latihan industri yang dijalankan oleh pelajar sepanjang tempoh tersebut. Laporan ini dibuat kerana ia merupakan satu dokumen penting dimana untuk dijadikan sebagai bahan bukti terhadap latihan yang diikuti. Ia juga sebagai garis panduan dan rujukan ketika temuduga kelak.

     Laporan yang telah lengkap akan diserahkan dan disemak oleh pensyarah-pensyarah yang berkenaan. Suatu kerja yang dilakukan secara baik tidak memberi makna jika ia tidak dicatit atau dimuatkan dalam bentuk buku laporan untuk dijadikan bahan rujukan kelak.

       Oleh itu,penulisan laporan memerlukan kepada pemerhatian khusus dari pelajar.Piawaian ini juga melatih pelajar supaya mematuhi kepada arahan-arahan dan segala peraturan yang ditetapkan. Laporan ini juga mestilah mudah difahami oleh pensyarah yang memeriksa dan juga firma serta pihak-pihak lain untuk penilaian serta rujukan terhadap laporan tersebut. Dengan itu, dapatlah saya menyiapkan sebuah buku laporan dimana ia memuatkan segala teknik-teknik latihan dan maklumat bidang video filem khususnya. Saya berharap buku laporan ini dapat memberi manfaat kepada semua pihak secara langsung atau tidak langsung.


KEPENTINGAN LATIHAN INDUSTRI

         Kepada Pelajar Latihan Industri merupakan satu cabang bidang ilmu yang memberi peluang kepada seseorang pelajar untuk mengaplikasikan setiap proses pembelajaran yang dilalui semasa sesi didalam bilik kuliah. Ia dapat dilihat dari pelbagai perspektif,contohnya secara langsung. Ia dapat melipat gandakan kemahiran yang sedia ada yang terdapat didalam diri seseorang pelajar itu sendiri di samping mendapat kemahiran dan pengetahuan yang baru dalam sesuatu bidang kerja yang dilalui. Pengalaman dan pengetahuan tersebut sangat penting untuk menjadikan seseorang pelajar itu terbaik dalam bidang yang akan diceburi kelak.

        Selain itu, latihan industri ini juga mengurangkan rasa gementar dan rasa janggal apabila pelajar mengharugi alam pekerjaan sebenar yang bakal merealisasikan segala cita-cita dan impian ketika belajar. Segala penyelesaian masalah yang dihadapi sewaktu menjalani latihan industri akan dijadikan suatu pengalaman untuk mematangkan diri sendiri. Secara tidak langsung ia dapat memberi kesan kepada pelajar bahawa situasi di dalam alam pekerjaan sebenarnya tidak semudah yang dipelajari dalam bentuk teori dan amali ketika dalam sesi pembelajaran.

          Dari sudut lain pula,latihan industri ini penting kerana ia memudahkan pelajar untuk memohon jawatan yang sesuai setelah tamat pengajian kelak.Ini tidak dinafikan kerana secara umum sesebuah firma amat mengutamakan individu yang memiliki ilmu pengetahuan yang tinggi disamping pengalaman bekerja yang ada.Justeru itu, tidak mustahil syarikat tersebut menawarkan tempat untuk berkas pelatih setelah tamat pengajian kelak.


         Walau bagaimanapun, input yang diperolehi daripada latihan industri ini adalah sangat besar. Pelajar dapat menggunakan pengalaman dan kemahiran yang diperolehi semasa tempoh latihan sebagai panduan dan bekalan untuk di masa akan datang. Selain daripada itu, segala susah payah yang ditempuhi semasa dalam tempoh tersebut akan menjadi pendorong dan pemangkin kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi ketahap yang tinggi serta menjadikan diri sebagai seorang pelajar dan pekerja yang berdedikasi dan cemerlang.








No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Laman Web Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah link official :  http://www.jkkn.gov.my/en/jkkn-kedah Portal Unit Perhubungan d...