JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA KEDAH
Kementerian
kebudayaan,Belia dan Sukan telah ditubuhkan pada 16 Mei 1964, setelah 23 tahun
beroperasi kementerian ini telah mengalami perubahan portfolio dan dipecahkan
menjadi kepada dua kementerian yang berasingan iaitu Kementerian Kebudayaan dan
Pelancongan Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan pada 20 Mei 1987.
Pejabat
Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman telah ditubuhkan pada 20 Mei
1987 dan ia menjadi sebuah pusat pentadbiran Wilayah Utara Kebudayaan yang
meliputi kawasan Negeri Kedah Darul Aman , Negeri Perlis dan Negeri Pulau
Pinang yang dikenali sebagai Pusat Kebudayaan,Kesenian dan Pelancongan Wilayah
Utara.
Perubahan
portfolio dalam Kementerian telah mendatangkan beberapa perubahan ke atas
Pejabat Kebudayaan dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman. Akhirnya pada 1
Januari 1996, Taman Seni Budaya Negeri yang dikenali sebagai Pejabat Kebudayaan
dan Kesenian Negeri Kedah Darul Aman telah diwujudkan iaitu yang beralamat Lot
PTD 400 , Pumpong,05250 Alor Setar,Kedah Darul Aman.
Penubuhan
Taman Seni Budaya Negeri Kedah telah mendapat ilham dari Taman Budaya Seni
Negeri Johor supaya boleh dijadikan sebagai sebuah Pusat Kegiatan Kebudayaan
dan Seni Kreatif yang merangkumi bidang seni kanak-kanak, Seni Teater, Seni
Tari, Seni Lukis, Seni Kraf dan lain-lain seni serta kegiatan Intelektual di Negeri Kedah.
Kini,
Taman Seni Budaya Negeri Kedah lebih dikenali sebagai Kompleks Jabatan
Kebudayaan dan Kesenian Negara,Kedah yang menempatkan 2 blok bangunan iaitu
Blok Auditorium dan Blok Pentadbiran. Kemudahan yang disediakan terbuka untuk
kegunaan agensi kerajaan dan swasta serta NGO,s Budaya tempatan bagi pendekatan
kearah pemuliharaan, pendedahan , pembangunan, pekembangan, pendidikan dan
penggalakan kebudayaan dan kesenian di Negeri Kedah. Prasarana yang disediakan
adalah auditorium berkapasiti tempat duduk seramai 260 orang, Pentas Terbuka,
Bilik Mesyuarat, Pusat Sumber Serta Galeri Seni dan lain-lain kemudahan.
FUNGSI/PERANAN
- Melaksanakan program penyelidikan dan pembangunan, pendokumentasian dan penerbitan, bimbingan seni budaya, pembangunan produk seni budaya, pengembangan seni budaya, pengukuhan seni budaya, pembangunan produksi dan artistic dan promosi seni budaya.
- Membina jaringan kerjasama dengan pemain industri seni budaya, agensi kerajaan, Swasta, Badan Bukan Kerajaan dan pengiat seni budaya dari dalam dan luar Negara.
- Menyediakan landasan untuk penggiat seni terlibat dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
- Memperkukuhkan aktiviti seni dan budaya yang bersesuaian sebagai tarikan pelancong dalam dan luar negara.
- Meningkatkan keberkesanan peranan JKKN melalui 14 JKKN Negeri.
PERKHIDMATAN
PERKHIDMATAN
Pusat Sumber Seni Budaya
- Menyediakan ruang yang menempatkan bahan-bahan rujukan seperti buku,majalah, laporan dan CD/VCD untuk panduan dan rujukan para pengkaji budaya,pencinta seni dan orang awam.
- Menjual bahan bacaan bercetak seperti buku-buku seni dan budaya serta CD/DVD untuk dijadikan sebagai rujukan ilmu serta koleksi peribadi para pembeli.
Galeri Seni Budaya
- Mempamerkan aktiviti persembahan kebudayaan tempatan seperti Busana Mek Mulung, Peralatan Persembahan Mek Mulong, Peralatan Persembahan Mak Yong Kedah,Peralatan Persembahan Wayang Gedek dan Peralatan Permainan Tradisional Negeri Kedah.
Kejurulatihan
- Jabatan ini mempunyai 2 orang Artis Budaya/Jurulatih dalam bidang Tari dan Bidang Teater. Khidmat jurulatih ini boleh dipohon mengikut bidang yang diperlukan.
- Agensi luar boleh memohon untuk mendapatkan perkhidmatan persembahan kebudayaan Kumpulan Kesenian Jabatan mengikut terma-terma yang telah ditetapkan.
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
AKTIVITI YANG DIJALANKAN
- · Program Mmerakyatkan Seni Budaya (PMS)
- · Program Bimbingan Seni Budaya (PBSB)
- · Persembahan Berjadual (persembahan kesenian tarian,teater dan muzik)
- · Semarak Seni Budaya
- · Bengkel/Kelas Lakon @ teater, tarian, muzik
- · Bazar Seni
- Temasya Oghang Kedah
KEMUDAHAN JKKN KEDAH
KEMUDAHAN JKKN KEDAH
![]() |
PINTU UTAMA JKKN |
BLOK PENTADBIRAN |
![]() |
BILIK MESYUARAT 1 |
![]() |
PENTAS TERBUKA |
![]() |
PENTAS BERGERAK |
![]() |
SURAU LELAKI DAN PEREMPUAN |
VISI DAN MISI JKKN KEDAH
Visi
Memupuk masyarakat Malaysia yang mempunyai jati diri tinggi, mengamalkan nilai-nilai murni, serta mendukung seni untuk seni, seni budaya untuk kesejahteraan masyarakat dan seni budaya untuk penjanaan ekonomi.
Misi
- Memantapkan usaha memulihara, mengekal, mengembang dan menyemarak seni budaya warisan bangsa.
- Menggemblengkan elemen seni budaya untuk meningkatkan kesejahteraan dan perpaduan bangsa.
- Menggalakkan penglibatan penggiat seni di dalam bidang ekonomi melalui aktiviti seni budaya.
- Menyokong pertumbuhan pelancongan negara melalui aktiviti seni dan budaya.
No comments:
Post a Comment