Monday, November 19, 2018

KOMEN DAN CADANGAN


Komen Untuk Organisasi
  • Dalam pemerhatian saya syarikat ini kurang aktiviti riadah selepas waktu  bekerja.
  • Organisasi perlu menitikberatkan maklumat yang terdapat dilaman web rasmi syarikat, ini kerana maklumat tersebut tidak dikemaskini.

 Cadangan Untuk Organisasi

·              Pemberian hadiah atau anugerah adalah perkara yang boleh memberi sedikit suntingan dan semangat kepada pekerja oleh itu saya mencadangkan agar pihak syarikat boleh mewujudkan satu anugerah pekerja terbaik pada setiap bulan dan pemenangnya akan diumumkan    pada perhimpunan bulanan syarikat. Nilai yang diambil kira adalah seperti kehadiran yang penuh setiap bulan, masuk kerja pada waktu yang ditetapkan dan sebagainya.

·        Penggunaan uniform oleh kakitangan syarikat dapat mencerminkan imej syarikat disamping dapat mengekalkan keseragaman antara kakitangan, disamping itu saya mencadangkan uniform perlu dipakai pada setiap hari Rabu.

·        Memandangkan syarikat ini sentiasa berhubung dengan pihak luar adalah lebih baik sekiranya semua kakitangan diwajibkan untuk memakai tag nama ataupun access card yang telah diberikan untuk memudahkan pihak lain mengenali pekerja tersebut dan ini juga membantu sekiranya pihak luar ingin memberikan pujian mahupun kritikan.

·        Daripada pemerhatian saya selama 20 minggu di syarikat ini, kebanyakan pekerja sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai anak-anak yang kecil, adalah baik sekiranya pihak syarikat dapat menyediakan pusat penjagaan kanak-kanak, pembayaran dibuat dengan potongan gaji pada setiap bulan.

Cadangan Kepada Pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin

·        Lawatan secara menyeluruh perlu dilakukan pada setiap organisasi yang terdapat pelajar menjalani latihan industri. Ini kerana terdapat segelintir pelajar yang mungkin mengambil peluang ini untuk bercuti panjang sekiranya tiada lawatan dari pihak Politeknik. Selain itu, ia  juga membolehkan pensyarah mengenali pelajarnya dengan lebih dekat. Lawatan ini juga akan membuat pelajar lebih bersedia untuk menyiapkan laporan harian mereka untuk semakan pensyarah.

·        Pihak Politeknik harus lebih peka terhadap kerja-kerja yang diberikan oleh organisasi kepada pelatih. Ini adalah untuk melindungi pelatih tersebut daripada menjadi mangsa kerahan tenaga oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan industri di jabatan Kerajaan, sudah sedia maklum pelajar tidak diberikan elaun dan datang bekerja hanyalah untuk belajar tetapi  jikalau terperangkap dalam situasi ini, sedikit sebanyak akan memberi impak besar dalam diri pelajar yang mungkin akan menimbulkan tekanan kerja semasa menjalani latihan industri.

·        Selain itu, saya mencadangkan agar tempoh latihan industri dapat dipendekkan bagi para pelajar akan datang atau para pelajar menjalani latihan industri pada akhir semester. Hal ini kerana, sesetengah syarikat mengatakan bahawa tempoh latihan industri pelajar Politeknik agak panjang. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak pencadang berterima kasih di atas segala usaha yang pihak tuan/puan usahakan untuk pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.

No comments:

Post a Comment

RUJUKAN

Laman Web Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah link official :  http://www.jkkn.gov.my/en/jkkn-kedah Portal Unit Perhubungan d...