Monday, November 19, 2018
RUJUKAN
Laman Web Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah
link official : http://www.jkkn.gov.my/en/jkkn-kedah
Portal Unit Perhubungan dan Latihan Industri Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
link official :http://upliptss.blogspot.com/
Portal Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
link :http://www.ptss.edu.my/v9/index.php
KESIMPULAN
Kesimpulannya,Langkah
pihak politeknik menempatkan pelajar-pelajar untuk menjalankan Latihan Industri
merupakan salah satu langkah yang bijak. Saya pasti ramai dalam kalangan kita
tidak menyedari sesebuah syarikat / organisasi yang berkembang maju adalah
bermula daripada sistem pengurusan dan pentadbiran yang sempurna, sistematik
dan stabil. Latihan Industri yang dijalankan sememangnya memberi kelebihan dan
kebaikan berbanding dengan keburukan. Program ini harus diteruskan kerana ianya
banyak memberi manfaat kepada pelajar khususnya dan peluang kepada para pelajar
untuk memahami alam pekerjaan yang sebenar bagi mendapatkan pengalaman bekerja
di sesebuah organisasi firma ataupun syarikat.
Dengan
adanya latihan sebegini, ianya dapat memberi keyakinan kepada para pelajar
untuk menempuhi alam pekerjaan sebenar yang mencabar dan bijak menggunakan
peluang yang ada seperti ini. Pendedahan sebegini perlu dimiliki oleh setiap
pelajar sebagai persediaan awal untuk bersaing dipasaran globalisasi.
Seterusnya, dengan latihan ini, para pelajar tersebut merupakan bakal pekerja
yang berkualiti daripada segala aspek untuk memenuhi keperluan organisasi.
Sepanjang tempoh lima (4) bulan saya menjalani latihan industri di Jabatan
Kebudayaan Dan Kesenian Kedah saya mendapati bahawa firma ini merupakan satu
tempat yang sangat sesuai untuk pelajar menjalani latihan industri kerana
organisasi ini sangat memahami keadaan dan situasi sebagai seorang pelajar.
Sepanjang saya berada di syarikat ini, banyak perkara dan pengalaman yang saya
perolehi terutama di bahagian pentadbiran syarikat ini. Selain itu, kesediaan
kakitangan yang sedia membantu menjadi salah satu aset yang penting dalam
sesebuah organisasi bagi melahirkan pekerja yang mampu bekerjasama dalam kumpulan.
Di
samping itu, syarikat ini sangat mengutamakan kebajikan pekerja seperti
menyediakan tempat bekerja yang selesa, persekitaran yang nyaman dan lain-lain
supaya pekerja disini berasa selesa semasa menjalankan tugas. Saya juga diberi
banyak peluang untuk mendapatkan pengalaman di bahagian pentadbiran terutamanya
seperti membuat surat, mengemaskini status laporan dan sebagainya. Saya turut
gembira kerana sepanjang saya menjalani latihan industri di Jabatan Kebudayaan
dan Kesenian Kedah, mereka berpuas hati dengan prestasi dan komitmen yang saya
berikan. Akhir sekali, saya menyarankan kepada rakan-rakan yang ingin menjalani
latihan industri pada masa akan datang supaya memohon di Jabatan Kebudayaan dan
Kesenian Kedah dan mencadangkan kepada pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
supaya menyenaraikan Jabatan ini sebagai salah satu tempat untuk para pelajar
mejalani latihan industri.
KOMEN DAN CADANGAN
Komen
Untuk Organisasi
- Dalam pemerhatian saya syarikat ini kurang aktiviti riadah selepas waktu bekerja.
- Organisasi perlu menitikberatkan maklumat yang terdapat dilaman web rasmi syarikat, ini kerana maklumat tersebut tidak dikemaskini.
Cadangan Untuk Organisasi
· Pemberian hadiah atau anugerah adalah perkara
yang boleh memberi sedikit suntingan dan semangat kepada pekerja oleh itu saya
mencadangkan agar pihak syarikat boleh mewujudkan satu anugerah pekerja terbaik
pada setiap bulan dan pemenangnya akan diumumkan pada perhimpunan bulanan syarikat. Nilai
yang diambil kira adalah seperti kehadiran yang penuh setiap bulan, masuk kerja
pada waktu yang ditetapkan dan sebagainya.
·
Penggunaan uniform oleh kakitangan syarikat
dapat mencerminkan imej syarikat disamping dapat mengekalkan keseragaman antara
kakitangan, disamping itu saya mencadangkan uniform perlu dipakai pada setiap
hari Rabu.
·
Memandangkan syarikat ini sentiasa berhubung
dengan pihak luar adalah lebih baik sekiranya semua kakitangan diwajibkan untuk
memakai tag nama ataupun access card yang telah diberikan untuk memudahkan
pihak lain mengenali pekerja tersebut dan ini juga membantu sekiranya pihak
luar ingin memberikan pujian mahupun kritikan.
·
Daripada pemerhatian saya selama 20 minggu di
syarikat ini, kebanyakan pekerja sudah mendirikan rumahtangga dan mempunyai
anak-anak yang kecil, adalah baik sekiranya pihak syarikat dapat menyediakan
pusat penjagaan kanak-kanak, pembayaran dibuat dengan potongan gaji pada setiap
bulan.
Cadangan
Kepada Pihak Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin
·
Lawatan secara menyeluruh perlu dilakukan
pada setiap organisasi yang terdapat pelajar menjalani latihan industri. Ini
kerana terdapat segelintir pelajar yang mungkin mengambil peluang ini untuk
bercuti panjang sekiranya tiada lawatan dari pihak Politeknik. Selain itu,
ia juga membolehkan pensyarah mengenali
pelajarnya dengan lebih dekat. Lawatan ini juga akan membuat pelajar lebih
bersedia untuk menyiapkan laporan harian mereka untuk semakan pensyarah.
·
Pihak Politeknik harus lebih peka terhadap
kerja-kerja yang diberikan oleh organisasi kepada pelatih. Ini adalah untuk
melindungi pelatih tersebut daripada menjadi mangsa kerahan tenaga oleh pihak
yang tidak bertanggungjawab. Sebagai seorang pelajar yang menjalani latihan
industri di jabatan Kerajaan, sudah sedia maklum pelajar tidak diberikan elaun
dan datang bekerja hanyalah untuk belajar tetapi jikalau terperangkap dalam situasi ini,
sedikit sebanyak akan memberi impak besar dalam diri pelajar yang mungkin akan
menimbulkan tekanan kerja semasa menjalani latihan industri.
·
Selain itu, saya mencadangkan agar tempoh
latihan industri dapat dipendekkan bagi para pelajar akan datang atau para
pelajar menjalani latihan industri pada akhir semester. Hal ini kerana,
sesetengah syarikat mengatakan bahawa tempoh latihan industri pelajar
Politeknik agak panjang. Sehubungan dengan itu, saya bagi pihak pencadang
berterima kasih di atas segala usaha yang pihak tuan/puan usahakan untuk
pelajar-pelajar Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin.
LAPORAN TEKNIKAL
POSTER PERTANDINGAN NYANYIAN BINTANG IRAMA BAGI PROGRAM SEMARAK SENI BUDAYA
![]() |
2. Membuat tarikh ,masa dan tempat pertandingan itu berlangsung. Kemudian saya meletekan gambar bayangan orang sedang menyanyi di bahagian kiri poster |
![]() |
3. Selepas itu,saya meletakkan syarat-syarat pertandingan tersebut. |
![]() |
4. Saya meletakkan hadiah-hadiah pertandingan yang bakal di dapat mengikut nombor |
![]() |
5.Akhir sekali,saya meletakkan nombor yang boleh dihubungi dibawah sekali poster dan poster itu telah berjaya disiapkan. |
MEMBUAT SIGNBOARD JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN KEDAH
![]() |
1.Saya meletakkan latar belakang berwarna hitam dan logo JKKN di bahagian kiri |
![]() |
2. Kemudian,saya menambahkan alamat JKKN kedah di bahagian tengah untuk kelihatan menarik |
![]() |
3. Akhir Sekali,Saya meletakkan maklumat yang boleh dihubungi iaitu no telefon,no faks dan email JKKN kedah |
MEMBUAT BACKDROP DAN BANNER UNTUK MAJLIS KONVOKESYEN DAN ANUGERAH CEMERLANG JKKN KEDAH
![]() |
1. Saya memulakan mereka bentuk backdrop ini dengan mencari latar belakang yang berkonsepkan geometrik. |
![]() |
2. Kemudian,saya meletakkan logo jabatan yang terlibat di dalam program ini. |
![]() |
3. Selepas itu,saya meletakkan tajuk besar program tersebut dengan memuat turun tulisan dari web de font. saya menulis tarikh,masa dan tempat program itu berlangsung |
![]() |
4. Akhir sekali,saya meletakkan gambar topi konvo dan juga sijil di bahagian atas tajuk program |
AKTIVITI MINGGU 20
(11/11/2018 - 15/11/2018)
- Membuat Laporan Latihan Indusri yang akan dibentangkan pada minggu hadapan
- Menjual buku kebudayaan di Perpustakaan Negeri kedah
- Membuat sijil bagi Program Temasya Oghang Kedah yang telah berlangsung minggu lepas
- Hari terakhir menjalani praktikal di JKKN kedah
Kesimpulannya :
- Dapat mempelajari sesuatu yang baharu dan pengalaman yang luas ketika menjalani praktikal di JKKN kedah
Menjual buku di perpustakaan
Mengemaskini Laporan Akhir
Hari terakhir di JKKN kedah
AKTIVITI MINGGU 19
(4/11/2018 - 10/11/2018)
- Mesyuarat bagi Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang telah diadakan oleh pegawai projek di bilik mesyuarat 1
- Membuat banner dan backdrop bagi program tersebut
- Mesyuarat Program tersebu telah diadakan untuk kali ke-2
- Memasukkan sijil ke dalam sampul yang telah ditetapkan oleh JKKN
- Majlis rehersel telah diadakan di Radio televisyen Malaysia kedah
- Majlis Konvokesyen dan Anugerah Cemerlang telah berlangsung
Kesimpulannya :
- Dapat mempelajari cara mereka bentuk banner dan backdrop dengan lebih baik
- Dapat mempelajari cara mengendali sesuatu program dengan betul
Video Rehersel
AKTIVITI MINGGU 18
(28/10/2018 - 3/11/2018)
- Mengisi maklumat berkaitan pendaftaran aktiviti bagi program yang akan diadakan di dalam excel.
- Mesyuarat Program Temasya Oghang Kedah diadakan buat kali terakhir sebelum pogram bermula beberapa hari lagi.
- Membuat tagging untuk sukarelawan bagi program tersebut
- Menggunting kertas warna untuk pertandingan kolaj yang akan diadakan
- Mengangkat barang keperluan ke tapak program di dataran sungai korok jitra
- Program Temasya Oghang Kedah berlangsung
Kesimpulannya :
- Dapat mempelajari cara menyusun maklumat dengan betul
- Dapat pengetahuan cara berbincang sesuatu program
- Dapat mempelajari cara membuat tagging untuk jawatankuasa
Menggunting kertas warna


Program Temasya Oghang Kedah Dilangsungkan
Video Temasya Oghang kedah
AKTIVITI MINGGU 17
(21/10/2018 - 25/10/2018)
- Membuat nombor kanopi bagi Program Temasya Oghang Kedah untuk ditampal di setiap kanopi yang membuat jualan,pameran dan pertandingan.
- Menyusun tag nama mengikut jawatan supaya mudah untuk diagihkan kepada setiap orang
- Mengguntingkan setiap tagging yang telah dicetak dan dimasukkan ke dalam tag yang telah disediakan.
Kesimpulannya :
- Dapat mempelajari cara membuat nombor kanopi untuk sesuatu program yang akan dijalankan.
Membuat nombor kanopi
AKTIVITI MINGGU 16
(14/10/2018 - 18/10/2018)
- Membuat kupon makanan dan minuman bagi Program Temasya Oghang Kedah menggunakan microsoft word yang berjumlah Rm1 , Rm2 dan Rm5.
- Membuat kupon cabutan sebanyak 1000 unit untuk diberikan kepada orang yang hadir ke program nanti.
- Menyusun kupon cabutan bertuah mengikut nombor siri yang ditetapkan agar tidak berlaku persamaan pada program .
Kesimpulannya :
- Dapat mempelajari cara membuat kupon makanan dan minuman untuk sesebuah program
- Dapat mempelajari cara membuat kupon cabutan bertuah
![]() |
Kupon RM1 |
![]() |
Kupon RM2 |
![]() |
Kupon RM5 |
![]() |
Kupon Cabutan Bertuah |
AKTIVITI MINGGU 15
(7/10/2018 - 11/10/2018)
- Mesyuarat Temasya Oghang Kedah telah diadakan di bilik mesyuarat 1 pada pukul 9.00 pagi bersama dengan pegawai projek iaitu Puan Normalini binti Sudin
- Mencatat segala aktiviti yang akan diadakan pada Program Temasya Oghang Kedah pada bulan november
- Mengemaskini maklumat baharu bagi program tersebut
- Membuat tagging untuk semua jawatankuasa yang terlibat di dalam program
- Membuat tagging untuk semua agensi yang akan membuat pameran dan jualan pada program itu nanti
Kesimpulannya :
- Dapat mempelajari cara membuat persiapan sesuatu program dengan baik
- Dapat mempelajari cara menggunakan excel
- Dapat mempelajari cara mengemaskini maklumat yang baharu
- Dapat mempelajari membuat tagging dengan kreatif
Mesyuarat program diadakan
Tagging untuk semua krew program
Tagging untuk pameran
Subscribe to:
Posts (Atom)
RUJUKAN
Laman Web Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah link official : http://www.jkkn.gov.my/en/jkkn-kedah Portal Unit Perhubungan d...
-
Laman Web Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Kedah link official : http://www.jkkn.gov.my/en/jkkn-kedah Portal Unit Perhubungan d...
-
12/8/2018 - 16/8/2018 Menolong mengira jumlah pendapatan yang diperolehi ketika program semarak seni budaya dijalankan pada 10 dan 11 ogo...